Siapa Sangka, Niat Bergurau Pada Mulanya Telah Membuatkan Pasangan Radzi Dan Nuzaimah Menerima Hadiah Yang Sangat Bermakna Daripada ZALORA Iaitu Stok Satu Tahun Pakaian Dan Kasut PERCUMA!!!
ZALORA Membuat Keputusan Untuk Datang Terus Ke Rumah Radzi Dan Nuzaimah Pada 3 Disember 2014 Untuk Memberi Mereka Kejutan Yang Tak Disangka-Sangka..
Tiada Kata-Kata Yang Dapat Diucapkan Oleh Si Suami Kepada ZALORA Selain Ucapan Terima Kasih Yang Tak Terhingga. Kedua-Dua Mereka Ternyata Terharu Terhadap Layanan Yang Diberi Oleh Pihak ZALORA....
Difahamkan, Nuzaimah Kini Sedang Mengandungkan Anak Pertama Yang Bakal Dilahirkan Beberapa Bulan Lagi. Jika Begitu, Inilah Namanya Rezeki Anak..
Apa-Apa Pun, Pujian Harus Diberikan Kepada ZALORA Atas Sikap Mereka Yang Sentiasa Ingin Memberikan Yang Terbaik Kepada Pelanggan. Tahniah Juga Diucapkan Kepada Radzi Dan Nuzaimah. Semoga Dilimpahkan Lebih Banyak Rezeki Di Masa Depan...
Semua Pun Tahu, Membeli-Belah Itu Merupakan Salah Satu Lumrah Dan Sifat Wanita. Kadang-Kadang, Barang Yang Tidak Diperlukan Juga Akan Dibeli. Perasan Tak?
Tidak Kiralah Sama Ada 'Offline' Atau 'Online', Wanita Dan 'Shopping' Memang Berpisah Tiada..
Pada 29 November Lalu, Seorang Suami, Radzi Ali Meminta Laman Beli-Belah ZALORA Untuk Menghalang Isterinya Daripada Ber'shopping' Di Kedai Tersebut Dengan Memberi Alasan 'Server Down' Atau Lain-lain Alasan Yang Logik...
Sebagai Kedai Beli-Belah Mesra Pelanggan, ZALORA Membalas Status Berkenaan Dengan Menyatakan Bahawa Pihak Mereka Tidak Mempunyai Hak Untuk Memberi Maklumat Palsu Kepada Pelanggan Mereka...
Walaupun Begitu, Radzi Ali Masih Memohon Pihak ZALORA Untuk 'Ban' Isterinya Secara Rahsia. Beliau Juga Didapati Memberikan Nama Penuh Isterinya Itu.
Perbualan Menjadi Lebih Menarik Apabila Si Isteri, Nuzaimah Ideris Pula Turut Serta. Nuzaimah Meminta ZALORA Untuk Tidak Menghampakan Pelanggan Berpotensi Sepertinya Sambil Bertanyakan Mengenai Cara Untuk Mendapatkan Diskaun...
Akhir Sekali, Apakah Kesudahan Kepada "Konflik" Rumahtangga Ini?
Rupa-Rupanya, Pasangan Suami Isteri Ini Berniat Untuk Bergurau Sahaja, Malah Si Isteri Sebenarnya Tidak Pernah Pun Membuat Sebarang Pembelian Di Kedai ZALORA..
Perbualan Ini Telah Menjadi Viral Selepas Beberapa Hari Dan Kini Mendapat Liputan Daripada The Vulcan Post Dari Singapura Dan Juga Media Sosial Di Indonesia...