Cara Kawal Perasaan Gugup Ketika Majlis Akad Nikah


Cara Kawal Perasaan Gugup Ketika Majlis Akad Nikah | Bila semakin hampir majlis pernikahan semakin gelabah dan kencang pula degupan jantung bergerak. Apatah lagi bakal pengantin lelaki, perasaan gelisah mula bersaranah apabila membayangkan tangan tok kadi yang bakal dijabat sebentar lagi. Sudah bersediakah agaknya untuk berhadapan dengan semua itu.

Malah ada segelintir pengantin lelaki yang gugup dan tersasul ketika acara akad nikah berlangsung kerena tidak dapat mengawal perasaan gementar. Saat ini penting dan sesuatu perlu dilakukan agar pernikahan berjalan lancar dan pengantin lelaki tidak perlu mengulagi akad nikah berkali-kali. Semoga dengan beberapa tip yang disediakan ini barangkali dapat membantu pengantin lelaki ketika berdepan dengan Tok Kadi. 

1)Bersedia Fizikal Dan Mental 

Pengantin lelaki harus bersedia dari aspek fizikal dan mental. Pastikan badan berada dalam keadaan sihat bagi menghadapi hari bersejarah itu. Rehat dengan secukupnya, elakkan diri daripada diserang sebarang penyakit. Dari sudut mental pula, lakukan persediaan daripada sudut pengetahuan agama. Caranya ialah dengan membaca buku-buku berkaitan. 

2)Bertanya pada pengalaman orang 

Sebagai bakal pengantin baru, tidak salah jika anda bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Mereka yang pernah melaluinya pasti lebih memahami situasi anda. Buang perasaan malu atau segan kerana ia tidak membantu anda untuk berdepan dengan majlis akad nikah. Dalam masa yang sama pasti ada petua yang boleh dikongsi oleh mereka dan diaplikasikan oleh anda. Pengalaman yang ditimba ini diharap dapat mengurangkan rasa gemuruh di hari bahagia itu. 

3)Yakin Pada Diri 

Yakinlah bahawa anda telah membuat keputusan terbaik dan tepat untuk mengahwini pasangan sekaligus membina sebuah keluarga impian. Hilangkan sebarang keraguan dan lafazkanlah ijab kabul dengan penuh keyakinan pada majlis itu, lakukan latihan beberala kali di depan mereka yang berpengalaman. Mungkin dari latihan itu, anda akan menyedari kesilapan dan memperbaiki sebaik mungkin. 

4)Berani Hadapi Cabaran 

Dalam berdepan dengan ramai tetamu yang hadir memeriahkan majlis pernilahan, pengantin lelaki harus menanam sikap berani dan cekal. Jika ia tidak dikawal, pengantin lelaki pasti akan diselubungi perasaan negatif sekaligus menyukarkan mereka melafazkan akad nikah. Pelajari bagaimana mengatasi kegugupan berdepan dengan khalayak yang pastinya memberikan perhatian kepada anda ketika akad nikah berlangsung. 

5)Motivasi Diri 

Berbicaralah pada diri sendiri dan ucapkanlah kata-kata semangat. Setiap yangbpositif pasti dapat menguatkan dan mempengaruhi minda bakal pengantin. Katakanlah pada diri sendiri yang anda mampu berdepan dan mengatasi situasi genting itu. Jangan biarkan rasa lemah, randa diri dan tidak yakin menyeluhungi diri. Nayatakan pada diri sendiri anda mampu melakukan yang terbaik dan melafazkan akad nikah dengan sempurna.