Fareeda Di Doa Agar Dapat Keturunan Pengemis


Fareeda Di Doa Agar Dapat Keturunan Pengemis| Pelbagai kontroversi yang timbul mengenai tudung Fareeda sejak akhir-akhir ini. Baca selanjutnya.
-
FAREEDA DI DOA AGAR DAPAT KETURUNAN PENGEMIS

Hanya kerana kecewa dan gagal mendapatkan tudung Fareeda pada 7 Jun yang lalu, Salina Abu Zar secara terbuka mendoakan anak cucu dua pasangan sweet ini menjadi pengemis dan tidur di kaki 5 bagi merasai apa yang dirasakan oleh peminat-peminat Fareeda yang terpaksa beratur panjang dan lama semata-mata ingin mendapatkan tudung baru Fareeda.




Ini berikutan ketiadaan stok seperti yang dijanjikan. 

Katanya lagi, peminat Fareeda sanggup berbaris panjang, berpeluh, sampai pengsan pun ada tetapi akhirnya tertipu dengan janji manis mereka. Lantas Mawar dan Fizo dilabelkan sebagai beruk dan kuat menipu.




Perkara seperti ini patutnya dapat dielakkan. Sudah tentu Fareeda tahu bahawa apa saja keluaran terbaru Fareeda pasti akan mendapat sambutan hangat. Jadi, sediakanlah stok yang mencukupi.


Rakyat Malaysia apabila hampir tiba musim perayaan memang sensitif dia naik mendadak sedikit, tudung punya pasal sanggup mendoakan perkara yang tidak baik kepada orang lain.