Anda Takkan Percaya Apa Yang Menghuni Katil Wanita Ini


Anda Takkan Percaya Apa Yang Menghuni Katil Wanita Ini | Mungkin ini yang akan berlaku jika anda terlalu lama meninggalkan rumah terlalu lama. 
-
-
Anda Takkan Percaya Apa Yang Menghuni Katil Wanita Ini

Kes ini  telah menimpa wanita di Winchester, England ini. Apa yang berlaku di dalam bilik kosongnya adalah sangat luar biasa bagi kami. Setelah hampir berbulan lamanya bilik itu dibiarkan tidak berusik, wanita itu telah dikejutkan dengan kehadiran penghuni di atas katilnya.


Sebuah sarang tebuan dengan kepanjangan 3 kaki telah mendiami katil di dalam bilik kosongnya. Sangat mengejutkan! Tebuan itu dipercayai masuk ke dalam bilik tersebut melalui sebuah tingkap yang tidak ditutup rapat. Anggaran kawanan tebuan itu adalah sebanyak 5,000 ekor. Banyaknya!

Menurut pekerja Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak Longwood, John Birkett, membuang sarang tebuan itu merupakan pekerjaan paling aneh yang pernah dilaluinya sepanjang bekerja selama 45 tahun. Dia turut menambah bahawa kawanan tebuan itu telah melakukan pekerjaan yang baik. Tebuan-tebuan tersebut telah memakan bantal dan tilam di atas katil tersebut untuk membesarkan lagi sarang mereka. Dia terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan masalah itu. Namun, di akhirnya, John Birkett berjaya menyelamatkan selimut krusye milik wanita tersebut.

Cuba anda bayangkan jika anda pulang waktu malam dan terlalu letih, kemudian anda terus tidur di katil ini. Apa yang akan berlaku ?