TIPS Dan PETUA Untuk Memiliki Bibir Merah Jambu Tanpa Mengenakan Lipstik !!!


Memiliki bibir merah jambu secara semula jadi menjadi idaman setiap wanita kerana ia membuatkan wajah kelihatan lebih berseri, muda dan menarik.

Kadangkala wajah nampak lebih cantik sekiranya tidak disapu solekan tebal dan bibir merah jambu semula jadi menyerlahkan sisi lebih menarik pada wajah.

Bagaimanapun tabiat suka merokok, kurang minum air, tidak menyapu pelembap bibir atau kurang memberi perhatian kepada penjagaan bahagian bibir boleh membuatkannya kelihatan kering tidak bermaya.

Berikut beberapa tip yang boleh diamalkan sesiapa saja yang mahukan bibir merah jambu tanpa perlu menyapu gincu.

– Jika bibir kelihatan kusam, gosok bibir dengan lulur yang boleh dihasilkan sendiri. Hanya campurkan satu sudu kecil gula, satu sudu kecil jus lemon dan satu sudu kecil madu, kemudian kacau sebati.

Gosokkan campuran itu pada bibir selama seminit dan biarkan seketika sebelum dibilas. Lulur berkenaan membantu menyingkirkan sel kulit mati, seterusnya mencerahkan kulit bibir dan ia akan kelihatan lebih merah jambu.

– Bagi menjadikan bibir lembut dan kemerahan, gunakan teknik mengurut bibir secara perlahan setiap malam sebelum tidur menggunakan berus gigi lembut yang dibasahkan.

Kaedah ini membantu membersih dan menyingkirkan sel kulit mati selain melancarkan peredaran darah.

– Jika menginginkan warna merah yang lebih terang tetapi semula jadi tanpa perlu gincu, air ubi bit boleh membantu memberikan warna merah menarik pada bibir.

Bukan sekadar warna, ubi bit juga kaya dengan antioksidan dan vitamin yang memberikan nutrien kepada bibir supaya ia lebih sihat.

– Jus lobak merah juga membantu memberikan warna semula jadi kepada bibir, sama seperti ubi bit. Gunakan kapas dan sapu air lobak pada bibir untuk memberikan vitamin A dan sedikit warna ceria semula jadi pada bibir.

– Pecahkan biji buah delima dan sapukan pada bibir untuk penampilan lebih merah, terang dan pada masa sama, me­nyerap kebaikan yang ada pada buah berkenaan.

– Lenyekkan kelopak bunga mawar dalam mangkuk sehingga keluar jus dan sapukannya pada bibir. Bukan saja warnanya cantik, ia turut melembap dan membuatkan bibir lebih mungil...

– Gosokkan hirisan timun pada bibir setiap hari selama beberapa minit untuk menyejukkan bibir dan membuatkannya lebih lembap....

– Kulit buah oren boleh digunakan untuk menggosok bibir beberapa minit, mengubah warna kusam pada bibir dan mengubahnya menjadi lebih merah jambu....