AWAS ! Semua Kerang Di Perairan Kuantan TIDAK BOLEH Di Makan


AWAS ! Semua Kerang Di Perairan Kuantan TIDAK BOLEH Di Makan | Perkongsian ini daripada Jabatan Perikanan negeri mengesahkan semua jenis kerang sekitar perairan Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelang, di sini, mengandungi toksin jenis `Paralytic Shellfish Poisoning (PSP)' yang boleh menyebabkan kematian.
-
-
AWAS ! Semua Kerang Di Perairan Kuantan TIDAK BOLEH Di Makan

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, toksin itu dikesan menerusi pemeriksaan dilakukan Jabatan Perikanan terhadap sampel tiram di kawasan itu susulan kejadian lapan pekerja Indonesia yang mengalami keracunan makanan selepas makan tiram yang dikutip di kawasan terbabit pada 1 Ogos lalu.



Katanya, keputusan yang diperoleh menunjukkan bacaan toksin PSP bagi sampel tiram berkenaan melebihi daripada standard piawaian ditetapkan iaitu melebihi 80 mikrogram (ug) bagi 100 gram.



"Bacaan toksin PSP yang diperoleh bagi sampel itu adalah di antara 317 hingga 3,560 ug/100g.

"Sehubungan itu, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mengutip atau memakan kerang-kerangan di kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Anda hendaklah memberi perhatian kepada amaran ini agar tidak memudaratkan kesihatan anda dan keluarga. Sebarkan kepada kawan-kawan anda.