Seluar Dalam Seorang Islam | Kebersihan adalah penting dalam Islam. Pentingnya kebersihan kerana jika tidak bersih, tidak suci dari najis, maka tidak sah solat. Rasulullah s.a.w berjalan dan lalu di sebuah kubur. Lalu baginda mengatakan bahawa penghuni kubur ini sedang diseksa kerana dosa kecil iaitu tidak menjaga kebersihan ketika buang air kecil.
-
-
Seluar Dalam Seorang Islam
Akhir zaman ini ilmu tentang membersihkan kemaluan bukan lagi satu topik yang penting untuk diajar. Ilmu tentang membersihkan kemaluan hanya disuruh duduk dan kencing, cuci guna air. Bagaimana tidak ditekankan. Mesti berhati-hati supaya percikan kencing tidak terkena pakaian dan bahagian tubuh lain tidak diperincikan. Sila rujuk SINI untuk lebih teliti.
Rugi besar jika kita melepaskan ilmu pengetahuan yang penting untuk hidup di dunia, alam kubur dan akhirat seterusnya. Di sini saya ingin berkongsi satu cerita tentang seorang makcik dobi yang tertarik dengan seluar dalam seorang pelajar lelaki. Kisah ini berlaku di Britain.Mak cik dobi bertanya kepada empunya seluar dalam ketika pelajar itu datang mengambil pakaian dobinya.
Mak cik: Boy, mak cik nak tanya sikit boleh?
Boy : Boleh, apa dia mak cik
Makcik: Boy, you punya seluar dalam bersih, tak ada kuning-kuning. Orang lain punya semua ada kuning-kuning.
Boy : Oh, saya diajar cara untuk menjaga air kencing saya supaya tidak terkena pakaian. Sebab ketika sembahyang tidak boleh ada najis pada diri.
Makcik: Oh. Boy you sembahyang apa ada syarat-syarat ?
Boy : Saya Islam. Jadi saya sembahyang menghadap Allah. Jadi Islam ada ajar cara untuk membersihkan diri dari kotoran, najis semuanya.
Makcik: Wah, hebatnya!
Tidak lama kemudian mak cik itu telah memeluk Islam. Cara Allah memasukkan hidayah ke dalam hati seseorang semuanya penuh misteri, dan adanya cara yang tidak kita sangka-sangka. MasyaAllah. La haulawala quwata illabillah.
Apabila cara hidup diamalkan sepenuhnya,banyak hikmah yang akan berlaku, orang bukan Islam juga akan tertarik untuk masuk Islam kerana agama Islam merupakan cara hidup yang terbaik dan benar.