Aski Wan Zack Salute Allahyarham Nik Aziz Menjadi Viral



Aksi salah seorang pemain Kelantan, Wan Zack Haikal yang menunjukkan tanda hormat kepada Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, selepas perlawanan menentang Singapura semalam menjadi viral di laman sosial.

Pemain yang memakai jersi nombor 11 itu dilihat memberikan aksi tabik hormat sambil menunjukkan bajunya yang tertera jelas gambar bekas Menteri Besar Kelantan berkenaan, selepas pasukannya, The Red Warriors menewaskan Lions XII, malam tadi.

Penyokong dan peminat bola sepak tanah air rata-ratanya memuji pemain berkenaan yang disifatkan sebagai penghormatan tanda ingatan kepada pemimpin ulama itu.



Wan Zack juga dipuji apabila tampil dengan pakaian yang menutup aurat.

Sumber