Pelik! Kenapa Ramai Wanita Berebut Mahu Beranak Di Hospital Putrajaya ?



Menurut laporan akhbar Harian Metro, Ramai di kalangan ibu sanggup mencipta pelbagai alasan kerana mahu bersalin di Hospital Putrajaya  selain dari merebut peluang untuk mendapatkan angka 16 pada kad pengenalan yang menunjukkan tempat kelahiran di wilayah ini yang dianggap istimewa dan gah.

HPj dibanjiri oleh ibu hamil dari luar kawasan Putrajaya berbanding penduduknya sendiri.

Menurut Pengarah HPj, Datuk Nora'i Mohd Said berkata, secara puratanya, kira-kira 6,000 wanita melahirkan bayi di HPj setiap tahun dan 70% dari jumlah berkenaan adalah penduduk luar Putrajaya.

Bagaimanapun, pihak HPj tidak menolak sebarang pesakit sama ada dari dalam atau luar Putrajaya, namun bergantung kepada kekosongan dan kemudahan di HPj.


Perkara ini sebenarnya mendatangkan masalah kepada penduduk Putrajaya yang seringkali merungut akan tiada kekosongan di Putrajaya menyebabkan mereka terpaksa bersalin di hospital yang lain.

Sumber