Gadis Maut Apabila Diratah Jerung






Perancis : Seorang wanita maut apabila secara tiba-tiba seekor jerung datang meratah mangsa yang sedang berenang di Pulau Lautan Hindi pada Sabtu lalu.

Gadis berusia 20-an itu maut selepas mengalami kecederaan parah akibat diratah jerung bersaiz besar di pantai yang terletak di  l’Etang-Sale di sini.

Mangsa yang sempat diselamatkan oleh orang ramai telah diberi rawatan awal sebelum disahkan mati ketika tiba di hospital.


Serangan jerung ini juga berlaku pada lokasi yang sama apabila seorang lelaki berusia 23 tahun hilang kaki kanan kerana di serang seekor jerung.