Dikala Lelaki Warga Emas Seronok Berselfie,Kiki Kamaruddin Dipanggil Polis


Dikala Lelaki Warga Emas Seronok Berselfie,Kiki Kamaruddin Dipanggil Polis | Berani kerana benar, takut kerana salah. Mari ikuti isu ini.
-
-

Dikala Lelaki Warga Emas Seronok Berselfie,Kiki Kamaruddin Dipanggil Polis 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki tua selepas satu kemalangan jalan raya dan video nya tersebar meluas di Internet sejak semalam.


 "Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya. "Saya pun baru tadi tengok footage (rakaman) itu. "Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," 

 Sementara itu, lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta Peugeot 208 milik seorang wanita diKuantanpada Isnin lalu sehingga menyebabkan pemilik kereta tersebut mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancamankepada lelaki warga emas tersebut difahamkan telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan.



 Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh berkata lelaki warga emas dalam lingkungan awal 60an itu memandu kereta Proton Wira dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita dalam lingjkungan akhir 20an berkenaan di sebuah tempat letak kereta di darah tersebut.

 “Wanita itu sudah pun membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu namun lelaki tersebut tidak mahu membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut malah dia juga telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan,” kata Abd Aziz ketika dihubungi.

 Abd Aziz turut menjelaskan bahawa perkara ini masih lagi disiasat dan akan memanggil kedua-dua wanita dan lelaki warga emas berkenaan untuk tujuan siasatan. Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan cuba bersemuka dengan lelaki tersebut.

 Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga videoberdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

 Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti 

“Ini kereta barulah bodoh!” 

sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.Selain itu cacian seperti 

“I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” 

dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.Terlajak perahu boleh diundur, Telajak kata buruk padahnya. Sama-sama kita fikirkan.