Rumah Dipecah Masuk : Yusof Haslam Lepaskan Tembakan


Rumah Dipecah Masuk  : Yusof Haslam Lepaskan Tembakan | Siapa yang GANGTER sangat pecah masuk rumah Yusof Haslam ? Baca selanjutnya.
-
-
Rumah Dipecah Masuk  : Yusof Haslam Lepaskan Tembakan

Rumah pengarah filem Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati dipecah masuk jam 2.30 pagi tadi yang menyebabkan mangsa melepaskan tembakan 3 das tembakan di mana tembakan pertama sebagai tanda amaran.


Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah rumah mangsa dan terus bergegas mengambil pistol. 
Tembakan pertama ke arah tangga rumahnya adalah amaran dan 2 das tembakan lagi untuk menakutkan perompak. 

Polis turut mengesahkan kejadian itu dan menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu.Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak.Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.


Admin ingatkan kepada semua, berhati-hati lah yer, penjenayah sekarang tak kira rumah siapa, asyik nak pecah sahaja.