GAMBAR Gadis Pilihan Hati TMJ Tunku Ismail


GAMBAR Gadis Pilihan Hati TMJ Tunku Ismail | Bertuahnya gadis ini, mari kita baca selanjutnya.
-
-
GAMBAR Gadis Pilihan Hati TMJ Tunku Ismail

Selepas putus cinta dengan Fazura, tidak ada berita tentang teman istimewa dalam hidup Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Tup-tup, tersebar khabar menyatakan baginda bakal melangsungkan perkahwinan Oktober depan.Semuanya gara-gara sepucuk surat yang tersebar berkaitan mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja yang tertera nama baginda.




Sebaik sahaja perkara ini diketahui umum, apa lagi ramailah ‘penyiasat persendirian’ merisik tentang pilihan hati TMJ.Hasil risikan, gadis tersebut rupa-rupanya sudah sering dibawa TMJ menonton perlawanan bola sepak dan menghadiri majlis-majlis rasmi.Dikenali sebagai Cik Khaleeda Binti Bustamam dan berusia lingkungan 20an, gadis ini dipercayai sudah berjaya menambat hati keluarga dan kerabat Johor lain.

Sebagai bukti Cik Khaleeda kelihatan menemani TMJ di perlawanan bola sepak yang turut dihadiri adinda baginda, Tunku Aminah.Manakala dalam video di bawah, beliau turut dibawa ke majlis yang dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.Cik Khaleeda dikatakan turut bergelar model dan kini masih menuntut di sebuah universiti.

Biodata Cik Khaleeda:

Nama Penuh: Cik Khaleeda Binti Bustaman

Umur: 22

Asal: Taman Sri Gombak, Selangor

Pekerjaan: Masih menuntut di sebuah Universiti

Status: Rakyat biasa

Pekerjaan Ibu Cik Khaleeda: Bekas Penjawat Awam Kuala Lumpur


Tarikh Berkhawin: Oktober 2014


Sekiranya benar Cik Khaleeda adalah pilihan hati TMJ dan mereka bakal disatukan tidak lama lagi, maka cerita perkenalan pasangan ini pasti menarik perhatian seluruh negara.Ia kerana kisah cinta mereka boleh diibaratkan bagai dongeng dalam buku cerita di mana putera raja yang menjadi kegilaan ramai perempuan akhirnya memilih seorang rakyat biasa.

Sumber mynewshub.my