JERMAN SERONOK BERSELFIE, NEYMAR PULA MENANGIS


JERMAN SERONOK BERSELFIE, NEYMAR PULA MENANGIS | Kenapa Jerman seronok berselfie ? Baca selanjutnya.
-
-
JERMAN SERONOK BERSELFIE, NEYMAR PULA MENANGIS

Kehangatan Piala Dunia semakin dirasai oleh peminat bola sepak seluruh dunia.


Jerman menempah tiket berharga ke separuh akhir  hasil kejayaan menundukkan Perancis 1-0 di Stadium Maracana, sebentar tadi. Jaringan pertahanan, Mats Hummels pada minit ke-13 perlawanan sudah cukup buat juara dunia tiga kali itu mengatasi Perancis dalam perlawanan yang kurang menarik seperti diharapkan. 

Gol tunggal Jerman berpunca menerusi sepakan percuma Toni Kroos dengan Hummels yang gagal dikawal pertahanan Perancis dan berjaya melepaskan tandukan cantik menewaskan penjaga gol yang juga kapten, Hugo Lloris.
Manakala pemain kesayangan Brazil, Neymar Jr dikasari akibat ditujah dari belakang pada minit ke-88 dan terpaksa diusung keluar sekali gus ditukar dengan pemain gantian, Henrique. Brazil mara ke Separuh Akhir dengan menundukkan Colombia 2-1.



Situasi ini jelas memberi kelebihan kepada Jerman pada peringkat separuh akhir nanti, kepada peminat Jerman, anda boleh la pasang angan-angan untuk layak ke final namun demikan jangan terlalu selesa,kan ?