Mengapa Saya Sudah Tutup Aurat ?





Mengapa Saya Sudah Tutup Aurat ? | Sedikit perkongsian yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan kesihatan untuk wanita.
-
-
Mengapa Saya Sudah Tutup Aurat ?

KAJIAN ilmiah saintifik kotemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat atau telus akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terdedah tersebut.Juga berisiko mengalami penyakit kanser adalah perempuan yang gemar mengenakan pakaian yang ketat-ketat dalam jangka masa yang lama.

Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser Melanoma pada usia awal dan semakin bertambah dan merebak sehingga ke kaki.Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser.

Melanoma atau kanser kulit, berpunca dari pergerakan sel kulit yang terhasil dipanggil melanocytes. Pergerakannya menjadi terlalu aktif dan diluar kawalan serta berlaku disekitar tisu kulit. Melanoma adalah antara ribuan jenis kanser yang menyerang kulit dan sangat berbahaya. Walaubagaimanapun, melanoma masih boleh diselamatkan sekiranya dapat dikesan diperingkat awal.

Di peringkat kritikal, kanser kulit akan menyerang ke bahagian organ-organ lain dalam badan dan juga tulang melalui peredaran darah. Pada peringkat ini, pesakit akan mengalami kesan dahsyat dan berisiko mengakibatkan kematian.

Penyebab utama kanser Melanoma adalah pendedahan dengan sinar UV sama ada lampu UV buatan atau cahaya matahari (ultraviolet) diantara jam 10 pagi hingga 3 petang. Akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang di setiap pakaian yang ketat memburukan lagi keadaan. Genetik juga merupakan salah satu punca Melanoma.

Kesimpulannya, sempurna sungguh suruhan dan larangan yang Allah S,W,T perintahkan kepada kita semua. Jadi dengan pendedahan ini, kita lebih yakin dan bersungguh-sungguh untu menutup aurat.