HARGA BARU LESEN KERETA DAN MOTOR BERMULA JULAI 2014 CEKIK DARAH


HARGA BARU LESEN KERETA DAN MOTOR BERMULA JULAI 2014 CEKIK DARAH | Apakah rakyat Malaysia mampu untuk mendapatkan lesen kereta dan motor pada masa akan datang ? Baca selanjutnya.
-
-
HARGA BARU LESEN KERETA DAN MOTOR BERMULA JULAI 2014 CEKIK DARAH

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014. Seperti yang diketahui umum, harga lesen memandu untuk kereta iaitu kelas (D) dan lesen motor iaitu kelas (B2) akan dinaikkan bermula 14 Julai 2014. Kenaikkan harga lesen ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014. Pembaharuan dalam pengambilan kelas memandu ini merangkumi 3 elemen yang dinaiktaraf iaitu kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer. Berikut disenaraikan harga baru untuk lesen memandu kereta dan motor.Mulai 14 Julai 2014 harga lesen memandu Kelas D dan Kelas B2 akan dinaikkan seperti berikut.

Senarai Harga Baru Lesen Kelas D (Kereta Manual)



* Kereta Kelas D – RM 1300 akan naik ke RM 2000




                                     Senarai Harga Baru Lesen Kelas B2 (Motorsikal)



* Motorsikal Kelas B2 – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050

Apakah nasib orang-orang yang miskin, kurang berkemampuan ? Adakah kenaikan harga baru ini menutup peluang mereka untuk memandu dijalan raya ? Adakah kenaikan harga ini mengurangkan saman trafik mereka yang memandu tanpa lesen ? Tepuk dada tanya iman anda.Sebarkan info ini.