Banjir Pantai Timur, Isteri Menangis Sepanjang Hari | Temerloh: "Saya tidak menyangka hanya dalam sekelip mata kehilangan harta-benda dan lebih menyedihkan apabila rumah tempat kami sekeluarga berteduh rosak selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir minggu lalu.
"Selepas enam tahun tinggal di situ, rumah papan berkenaan kini hampir menyembah bumi selepas beralih 20 meter dari tapak asal," kata mangsa banjir, Mushaimi Mat Sharip, 53.
Dia yang tinggal di Kampung Buntut Pulau, di sini, berkata, kemuncak banjir berlaku pada 27 Disember tahun lalu apabila paras air melebihi lima meter bersama arus deras yang begitu menakutkan.
Katanya, keadaan ketika itu, menjadi kelam-kabut apabila penduduk lari meninggalkan rumah masing-masing dan air yang cepat naik menyebabkan usaha menyelamatkan harta-benda tidak dapat dilakukan.
Mushaimi berkata, dia terpaksa menunggu 10 jam sebelum rakan yang membawa bot datang dan ketika itu paras air hampir mencecah bumbung rumah hingga memaksa dia memecahkan atap zink untuk membawa keluar televisyen.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
sumber dari : myMetro