Pegawai Bertugas Pada Hari Penerbangan QZ8501 Digantung Kerja

Pegawai Bertugas Pada Hari Penerbangan QZ8501 Digantung Kerja | Pihak berkuasa Indonesia mengarahkan agensi-agensi penerbangan negara itu supaya  menggantung para pegawai yang bertugas semasa hari penerbangan AirAsia QZ8501 termasuk dari pusat kawalan trafik udara.

Pegawai Bertugas Pada Hari Nahas QZ8501 Digantung Kerja, info, terkini, berita, berita nahas airasia, QZ8501

Arahan yang berkuat kuasa serta merta itu turut meliputi operator pengendali lapangan terbang antarabangsa Juanda Surabaya dan pejabat penerbangan di terminal tersebut, lapor media tempatan di sini hari ini.

Tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa republik berkenaan susulan terbongkar pelbagai amalan tidak selamat oleh beberapa syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa ekoran nahas pesawat AirAsia Indonesia itu.

Pegawai Bertugas Pada Hari Nahas QZ8501 Digantung Kerja, info, terkini, berita, berita nahas airasia, QZ8501

Kapal terbang malang yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu hilang di Selat Karimata di perairan Laut Jawa dekat Kalimantan Tengah pada pagi 28 Disember lalu sebelum ditemui semula tiga hari kemudian.
Kementerian Pengangkutan Indonesia turut mengesahkan, penerbangan QZ8501 langsung tidak mendapatkan kelulusan rasmi untuk menawarkan perkhidmatan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu, sebelum ia dipercayai terhempas.

Ia sekali gus bercanggah dengan tindakan pihak berkuasa penerbangan awam Singapura yang dilaporkan telah pun meluluskan laluan berkenaan pada hari kejadian atas permintaan daripada AirAsia Indonesia.

Pihak kementerian tersebut juga memberi amaran, sebarang syarikat penerbangan yang didapati melanggar peraturan ditetapkan, akan digantung penerbangannya demi keselamatan nyawa penumpang.

Malahan AirAsia juga dibidas selepas timbul laporan yang mendakwa para juruterbang pesawat QZ8501 dan kapten pesawat lain tidak mendapatkan laporan cuaca dari agensi cuaca rasmi pemerintah Indonesia.

Bagaimanapun, syarikat tambang murah berpangkalan di Malaysia itu telah menafikan sebarang salah laku yang didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia sebaliknya menegaskan ia mematuhi semua standard operasi prosedur.

Setakat ini 37 mayat mangsa telah dijumpai dengan sebahagian terperangkap di tempat duduk mereka dan sembilan mayat sudah dikenal pasti manakala lima objek besar dipercayai bangkai pesawat berjaya dikesan, namum kotak hitam masih belum ditemui. – Agensi