Tips Untuk Menjadi Romantik

TIP JADI ROMANTIK :-




* Pandang mata si dia setiap kali bercakap :-

Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya tidak mampu menahan godaan lelaki disayangi. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda setiap hari.

* Pakai pakaian sedondon :-

Biasanya, sesebuah keluarga gemar berpakaian sedondon menjelang hari raya. Namun, idea ini boleh dilakukan bila-bila masa saja. Tidak semestinya perlu memakai corak yang sama. Cukup memakai warna senada. Barulah nampak `sweet' bila berjalan bersama.

* Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia :-

Si lelaki memang berat mulut mengucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita. Ini biasanya disebabkan ego tinggi melangit. Apa salahnya ucapkan kata-kata cinta dan rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan hati si dia sentiasa berbunga-bunga.

* Panggil si dia dengan nama manja dan lembut :-

Panggillah si dia dengan kata ganti nama romantik seperti sayang, baby atau honey berbanding memanggil menggunakan nama. Ini memberikan gambaran bahawa si dia orang terpenting dalam hidup anda.

* Kirimkan SMS cinta kepada si dia :-

Ambil masa seketika dan kirimkan SMS cinta kepada si dia. Katakan anda amat menyintai dan menyayangi si dia sepenuh hati anda. Pasti si dia berasa terharu selepas membaca SMS anda itu. Jangan lupa SMS si dia setiap kali sebelum tidur. Biarkan si dia tidur bersama ayat cinta anda.

* Tunjukkan bakat kesenian anda :-

Sekiranya berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak atau puisi tuliskan sesuatu yang ditujukan khas kepada si dia. Jika berbakat dalam bidang muzik, mainkan alat muzik seperti gitar sambil menyanyikan lagu tema percintaan anda berdua kepada si dia. Kebanyakan wanita menyukai lelaki berbakat seni. Mereka tampak romantik dalam cara mereka sendiri.