Aliff Aziz Akui Terpaksa Mengaku Mencuri !!!
KUALA LUMPUR: Acara pradengar album Aliff Aziz berjudul Rebirth sebentar tadi diadakan di pejabat Sony Music Entertainment Malaysia di Publika, Solaris Dutamas turut menjadi ruang beliau menjelaskan apa yang terjadi kepadanya beberapa bulan lalu...
Bermula dengan isu dikatakan lari dari set penggambaran drama dan pulang Singapura sehinggalah timbul cerita beliau dituduh mencuri telefon bimbit di negara kelahirannya sendiri...
Menurut Aliff apa yang terjadi menjadi pengajaran terbesar sekali gus mematangkan dirinya...
"Isu mencuri telefon bimbit itu sudah selesai. Saya berada di tempat dan waktu yang salah. Natijahnya saya terpaksa mengaku bersalah biarpun saya tidak melakukan perkara itu...
"Undang-undang di Singapura berbeza di sana. Atas saranan pihak peguam bela, saya mengaku saja dan bayar denda untuk memendekkan proses berkaitan...
"Jika tidak saya perlu melalui proses pengadilan yang panjang. Kejadian ini terjadi empat bulan lalu dan itu antara sebab saya terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur dan Singapura," katanya yang berulang alik ke Kuala Lumpur kerana melunaskan urusan rakaman album barunya itu...
Mengenai cerita lari dari set, penyanyi lagu Sayang Sayang ini tidak pernah wujud isu itu dan barangkali ia ditokok tambah pihak tertentu hingga jadi pelbagai versi termasuk isu berhutang...
"Pertamanya saya minta maaf kepada semua pihak yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan saya. Tak nafikan saya berperang dengan komitmen lakonan dan melunaskan rakaman lagu...
"Saya memang tak pernah lari dari set penggambaran. Cuma ada kalanya kepenatan dan jatuh sakit, saya gagahkan berlakon juga. Saya sedar jika saya tak datang berlakon ia akan menjejaskan perjalanan penggambaran...
"Tapi bila saya datang berlakon dalam keadaan penat timbul pula cerita seperti bertebaran kononnya saya lalok," kata Aliff yang mula sedar bahawa beliau belum bersedia untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa...
Enggan mengenang kisah lalu, kehadiran album terbarunya berjudul Rebirth itu membawa semangat baru serta umpama kelahiran semula buat dirinya...
Album berkenaan sepatutnya diedarkan tahun ini tetapi atas beberapa masalah ia ditunda hingga ke Januari depan...
"Kali pertama saya muncul dengan album ketika berusia 16 tahun dan kini saya bakal menginjak 24 tahun depan. Jelas saya melalui fasa kematangan dan perubahan dalam hidup...
"Istimewanya pembikinan album ini turut diberi peluang memilih lagu yang sesuai. Proses pembikinan sejak setahun setengah hampir menemui penamat...
"Tinggal lagu ciptaan Awi Rafael saja yang belum dirakam. Saya juga sudah tidak sabar untuk kembali ke persada seni dan lupakan kisah lalu yang menjadi pengalaman berharga...
"Peluang berehat empat bulan lalu menjadi ruang saya bermuhasabah diri. Tak dinafikan saya tertekan tapi semua hikmah berguna, katanya..,.
Untuk album barunya lagu Selayaknya Aku ciptaan Faizal Tahir antara kegemaran Aliff. Selayaknya lagu itu dijadikan single pertama...
Lagu lain yang dimuatkan ialah Hari Ini, Coba, Setelah Kau Pergi, Dengarkan Aku, Pujangga, Novella, Tak Ada Cinta Sepertimu, Dan Lagi Cinta...
SUMBER : bharian.com.my