(KISAH BENAR) KISAH PALING ROMANTIS SUAMI ISTERI






Pengalaman hari ini, sepasang suami isteri datang ke kedai untuk mencari sepasang kasut. Seorang isteri yang cukup istimewa. Dengan kecacatan penglihatan, ditemani oleh seorang suami yang cukup setia menghargai pasangannya.
Si suami mengiringi si isteri memilih kasut. Lalu, terjadilah perbualan antara aku dengan mereka sepanjang sesi pemilihan kasut.
Suami:- “Awak nak kasut warna hitam pink atau hitam kelabu?”
Isteri:- “Bagi abang, mana yang cantik?”
Suami:- “Yang pink cantik. Sesuai dengan jubah awak.”
Aku: “Encik, saya ambilkan saiz ya. Nak saiz berapa?”
Suami:- “Isteri saya pakai saiz 8. Boleh tolong?”
Aku pergi ambilkan kasut. Dukacitanya, saiz 8 tidak ada. Yang ada cuma saiz 9.
Aku: “Cuba try dulu. Ini pun hanya tinggal warna hitam kelabu.”
Isteri:- “Boleh saya cuba dulu, bang?”
Suaminya tunduk dan menyarungkan kasut pada kaki isterinya.
Suami:- “Ha, cantik. Kena dengan awak.”
Isteri:- “Saya rasa saya nak kasut yang dekat depan tadi. Yang saya mula-mula cuba tadi, bang.”
Aku pun pergi ambilkan kasut yang dimaksudkan dan bagi kakak tadi cuba.
Isteri:- “Abang, saya nak yang ni.”
Suami:- “Wah, ini lagi cantik awak pakai.”
Suaminya senyum saja. Namun, aku tahu suaminya lebih suka yang awal tadi dan harganya lebih mahal. Mahal belakang kira, yang penting isteri gembira.
Isterinya menyambung kata.
Isteri:- “Abang, sepanjang hidup saya, saya tak pernah tahu secantik mana kasut yang saya pakai. Semua yang cantik di mata abang, berganda cantiknya di mata saya. Saya cuma dapat rasa keselesaan kasut ini sahaja.”
Hampir saja aku menangis, namun dalam hati sudah pun berlinangan. Biasa cuma berlaku dalam cerita, tapi kali ni live depan mata. Alami sendiri.
Suami:- “Baiklah, kita beli yang ni. Abang bayar sekejap.”
Isteri tersenyum bahagia. Walaupun tidak nampak di mata, namun bahagia terasa di hati.
Orang selalu kata, “Beauty Is Pain”, “Behind everything beautiful, there has been some kind of pain.” Tapi bagi kakak tu, dia sudah pun merasai kesusahan dan keperitan hidup sejak azali lagi tanpa mengeluh. Bersyukur seadanya. Kita pula cuma fikir kemewahan semata-mata dan fikir itulah erti kebahagiaan, sedangkan mereka telah pun mencapai ‘kemewahan’ yang sebenarnya. Beauty is how you feel inside, and it reflects in your eyes. It is not something physical. Doakan mereka bahagia bersama hingga ke Syurga. Amin.
Kisah benar berlaku di Malaysia oleh: Muhammad Zaed ( http://fb.com/muhammad.zaed.5 )
Ditaip kembali oleh: Muhammad Rusydi