Ubah Syarat Pertandingan(BERPOSING ALA MAWARFIZO) Sebab Ada Yang Main Kotor>>>FIZO OMAR



Kecoh di kalangan peserta peraduan yang dianjurkan jenama tudung Fareeda baru baru ini apabila mereka didakwa sesuka hati menukar syarat pertandingan di saat saat akhir serta berlaku tidak adil kepada peserta yang bersusah payah berusaha untuk turut serta...

Bercakap kepada mStar Online Fizo Omar menjelaskan yang mereka kini terpaksa menukar syarat pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo itu selepas ada segelintir peserta yang menggunakan taktik kotor untuk meraih undi (likes) melalui Facebook...

“Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak”..

“Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun Facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya,” jelasnya...


Syarat baru yang menimbulkan rasa tidak puas hati ramai adalah peserta akhir yang terpilih wajib mengkaji latar belakang jenama Fareeda, Mawar dan juga Fizo Omar dan akan disoal pada pentas akhir yang akan berlangsung di Bangi 30 November nanti...

“Saya perlu berlaku adil kerana ada peserta yang benar-benar berusaha untuk beri posing terbaik. Ada yang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk bergambar depan rumah saya”..

Selain dari perubahan syarat di saat akhir, kami rasa para peserta sebenarnya lebih terkilan dengan jawapan yang diberikan oleh pengurus akaun Facebook Fareeda yang seakan biadap dan tidak menghormati pelanggan. Bukan pertama kali rasanya ‘kan???