Jawapan Balas Dari Eina Azman Isu Parking Di Petrol Pump Untuk Beli Di Subway


Hari ini Eina Azman dengan tenang dan profesional memberi maklumbalas terhadap tuduhan tersebut melalui satu kenyataan di Instagram milik beliau.

"Pada yang tak tahu tu tolonglah jangan tokok tambah... Eina cuma nak tanya 1 soalan saja "pernah tak anda pergi isi minyak lepas tu masuk dalam beli makanan? Terima kasih lah pada semua yang mengata dan menghina saya dan suami.. Semoga Allah merahmati kamu semua :)" - Eina Azman

Dari penjelasan Eina Azman ini, dapatlah admin simpulkan ada kemungkinan-besarnya saksi yang melihat dan mengambil gambar tersebut telah salah faham dan menyangka Eina Azman masuk ke dalam "untuk makan Subway" sedangkan Eina Azman hanya masuk ke dalam seketika untuk "membeli Subway" atau kata lainnya take away.


Jika meninggalkan kereta dan berjalan masuk ke kedai selepas mengisi minyak, ianya perkara biasa dilakukan ramai orang. Kami berharap artikel ini memberi gambaran dan penjelasan terbaik tentang apa yang sebenarnya berlaku.-ohmedia