AWAS ,Orang Pendiam Berisiko Menghidap Kanser !!!
KOTA BHARU - Individu bersikap pendiam dan kurang meluahkan masalah dihadapi lebih berisiko terkena penyakit kanser terutama wanita...
Pegawai perubatan sambilan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, terdapat kajian menunjukkan mereka yang mengalami stres dan pendiam amat dikaitkan dengan pertumbuhan kanser termasuk kanser payudara...
“Kalau orang pendiam, dia susah meluahkan rasa, mudah stres dan keadaan itu boleh menyebabkan kimia serta sel kanser mudah terbentuk...
“Jadi, selain perlu menjalani kehidupan sihat termasuk menjaga pemakanan, bersenam dan mengawal kesihatan emosi juga penting,” katanya kepada Sinar Harian selepas Program Kempen Kesihatan Payudara dan Mamogram di sini, semalam...
Dr Hafidzah berkata, pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mengelak diri daripada terus memendam rasa antaranya menjaga hubungan dengan ALLAH SWT, perlu ada teman untuk meluahkan rasa dan wanita lain perlu menjadi pendengar yang baik...
“Kalau isteri dapat kanser, suami perlulah menjadi penyokong yang terbaik, memahami keadaan dan menggalakkannya mendapat rawatan...
“Ini kerana, halangan terbesar bagi wanita yang menghidap kanser apabila dia takut suami tidak menerimanya jika tiada payudara,” katanya...
Katanya, wanita digalakkan sentiasa membuat pemeriksaan sendiri setiap sebulan sekali bagi mengenal pasti ketumbuhan kanser payudara...
SUMBER : sinarharian.com.my