Kini tanda biru di whatsapp boleh dimatikan fungsinya !




WhatsApp pada minggu lepas telah memperkenalkan sokongan “Bluetick”, dimana memperlihatkan anda telah membaca sesuatu mesej daripada rakan anda. Perkara tersebut boleh dikatakan tidak disukai oleh kebanyakkan pengguna WhatsApp....

Hari ini, pihak WhatsApp memperkenalkan kemaskini baru untuk pengguna Android, membolehkan mereka mematikan fungsi tersebut.

Untuk menggunakan fungsi baru ini, pastikan anda menggunakan WhatsApp untuk Android yang terbaru (versi 2.11.444), dan ke halaman Settings > Privacy. Pada bahagian “Read Receipts” nyah-tandakannya, dan ia tidak lagi akan memaparkan kepada rakan-rakan anda yang lain sekiranya sesuatu mesej telah dilihat ataupun tidak.




sumber :- amanz.my