Mat Yo Dijadikan Bahan Gurauan Melampau Di Internet, Turut Dilelong RM2 Di Mudah.my !!!


Mat Yo Dijadikan Bahan Gurauan Melampau Di Internet, Turut Dilelong RM2 Di Mudah.my !!!

Tidak cukup dengan bermacam-macam gambar direka di laman sosial untuk mengecam penyerang Johor Daruk Ta’zim (JDT), diri pemain itu turut menjadi jualan di laman web mudah.com.my dengan harga hanya RM2...

Penulis beranggapan gambar yang tersebar sebenarnya diedit oleh pihak tertentu seperti pemain itu yang dikenali sebagai Mat Yo seperti dilelong murah betul-betul di internet...

Bagaimanapun, perbuatan menghasilkan gambar umpama Mat Yo dijual di internet merupakan penghinaan kepada beliau yang juga pernah beraksi dengan pasukan kebangsaan sebelum ini...

Pasukan JDT tewas malam tadi kepada Pahang, 3-5 dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Malaysia menyaksikan Pahang terus menyimpan piala keramat itu selepas memenanginya musim lepas...

Kedudukan seri terikat sepanjang 90 minit masa permainan termasuk 30 minit masa tambahan memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti...

Sepakan Mat Yo diselamatkan oleh penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid dan kemudian Pahang berjaya menjaringkan penalti kemenangan...

SUMBER – MYNEWSHUB.CC