Kisah Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan !






Kisah Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan :-

Dalam mimpinya, wali itu ternampak ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba, beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri. Nampak begitu tenang sekali.

Beliau mengambil keputusan utk bertanyakan kpd org tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yang lain sedang mengais-ngais rumput disitu.

Pakcik: Jikalau kau mahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al-Quran. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan utk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali: Assalaamualaikum orang muda! Saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging: Waalaikumsalam, ya tentu sahaja boleh. Apakah soalannya itu?

Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kmpung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali: Aku terlihat ayah mu dalam mimpiku, beliau tenang disana. Apa yang kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging: Aku membaca Al-Quran dan aku berdoa pada Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkannya pada ayahku.

Pada fikiran kamu, kenapa ahli kubur yg lain sedang mengais-ngais rumput di situ?

Jawapannya ialah, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yg didoakan oleh org ramai dan lafaz "Ala kulli muslimina wal muslimat, wal mukminina wal mukminat".

Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuknya.

Pesanan:- Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu-bapa kita, samada yang masih hidup atau sudah meniggalkan kita. Juga kepada saudara-mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kepada orang tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya.

Wallahuaklam....