Beli Cincin Berlian Untuk Isteri Hasil Mengutip Sampah | Percaya atau tidak,seorang lelaki berusia 70an telah membelikan isterinya cincin berlian menggunakan wang simpanannya dari hasil mengutip sampah.
Menurut sumber,lelaki itu telah mengajak isterinya ke sebuah pusat beli belah sebelum mengeluarkan seikat wang untuk membelikan cincin buat isterinya yang tercinta.
Lelaki warga emas itu turut berkata,”Kehidupan kami sukar dan saya cuma mahu menggembirakannya,”.”hanya itu yang mampuh saya berikannya”.
Siapa sangka dengan hanya memungut sampah,seseorang itu mampuh membeli cincin berlian,namun ketabahan dan kesabaran dalam menyimpan wang harus ada untuk semua ini.
Kejadian ini menunjukkan yang kasih sayang berpanjangan antara kekasih masih ada dan percintaan romatis juga masih wujud di zaman ini.