Harga Terkini Minyak Malaysia RON97 RON95 Januari 2015 | Harga Terkini Minyak Malaysia RON97 RON95 Januari 2015
Harga Terkini Minyak Malaysia RON97 RON95 Januari 2015. Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kewangan memberi gambaran awal mengenai harga runcit petrol RON95 dan Diesel yang akan berkuatkuasa mulai Januari 2015
Menerusi akaun Twitter beliau pada Selasa 30 Disember 2014, memaklumkan bahawa harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel dijangka turun kepada sekitar RM1.90 dan RM1.95 seliter mulai Khamis, 1 Januari 2015
Menerusi Tweet yang sama, beliau juga mengharapkan para peniaga menurunkan harga barang berikutan penurunan harga runcit bahan api tersebut
Bagaimanapun, harga runcit Petrol dan Diesel untuk Januari 2015 akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan
Sementara itu, menerusi lampiran yang dipercayai mempunyai kaitan dengan harga Petrol RON95, RON97 dan DIESEL yang akan berkuatkuasa mulai Januari 2015 telah menyenaraikan harga runcit seperti berikut
Nota: Harga rasmi akan dimaklumkan selepas pengumuman oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan
Sumber : Mysumber