Laluan Kuantan-Karak Di LPT Masih Ditutup Akibat Banjir

Laluan Kuantan-Karak Di LPT Masih Ditutup Akibat Banjir | Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari jarak Kuantan hingga Karak bagi kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan di Km126 masih ditenggelami air banjir sejauh 800 meter.

Menurut kenyataan Anih Berhad, walaupun cuaca baik, namun pergerakan air masih laju dan berbahaya kepada semua jenis kenderaan.

"Pengguna disaran agar menangguhkan perjalanan kerana banyak laluan persekutuan turut dinaiki air.

"Bagaimanapun laluan Gombak-Bentong dibuka seperti biasa," menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya berkenaan boleh merujuk kepada bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya (JKR) atau tweeter

sumber : kamithemedia.blogspot.com