WAJIB BACA !!! KENAPA KITA MENYEBUT NABI IBRAHIM Dalam Tahiyat Akhir Dan bukannya nabi lain ???


Setelah Allah swt menciptakan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam (as), kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam (as) adalah لا إله إلا الله محمد رسول الله, lalu Nabi Adam (as) bertanya kepada Allah (swt) tentang siapakah ‘Muhammad‘ itu????

Lantas Allah (swt) menjawab beliau (Muhammad saw) adalah penutup segala nabi dan rasul dan paling mulia di antara mereka semua (rasul). Umat nabi saw juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain....

Diceritakan bahawa Nabi Adam (as) berkata : Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat...

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan berte lanjang...

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya..

4. Aku berbuat kesalahan di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat....

Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad (saw) di sisi Allah (swt), Nabi Adam (as) memohon kepada Allah (swt) agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad (saw). Namun demikian, Allah (swt) menolak permintaan Nabi Adam (as) mentah-mentah....


Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti Nabi Musa (as). Sehinggakan Allah (swt) sendiri menegur sikap nabi Allah Musa (as) agar redha dengan apa-apa yang dikurniakan oleh Allah (swt) kepadanya. Dalam banyak-banyak nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad (saw), hanya ada seorang nabi sahaja yang Allah (swt) perkenankan permohonannya tetapi bukan semua, hanya sebahagian daripada permohonan itu Allah (swt) terima....

Beliau adalah Nabi Ibrahim (as). Secara dasarnya, Allah (swt) tidak memperkenankan permohonan nabi Ibrahim (as) untuk menjadi umat Nabi Muhammad (saw) tetapi Allah (swt) menjanjikan kepada nabi Allah Ibrahim (as) yang nabi Muhammad (saw) akan lahir daripada salasilah atau keturunan nabi Ibrahim (as) sendiri dan nama nabi Ibrahim (as) juga akan meniti di bibir-bibir umat nabi Muhammad (saw) iaitu bermaksud nama nabi Ibrahim (as) akan selalu disebut-sebut oleh umat Rasulullullah (saw)....

Maka, atas sebab itulah kita SUNAT untuk menyebut nama Nabi Ibrahim (as) dalam solat lima waktu kita iaitu semasa bacaan tahiyat akhir seperti dijanjikan oleh Allah (swt) kepada nabi Ibrahim (as) seperti berikut:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat....

Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhir adalah :

-Versi Syafie (Imam syaraf anNawawi: Syarah Muslim (4/123), anda hanya perlu membaca Selawat atas Nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat (optional)

-Versi Maliki dan Hanafi: sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi saw, keluarga dan ke atasn Ibrahim AS

-Versi Hambali: wajib selawat atas Nabi saw, keluarga dan selawat Ibrahimiyah (Fathul Bari: 9/163)
Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya disyiarkan dalam solat kita....

Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s. . Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. dan Imam Ibnu Khuzaimah r.a. yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar SAW itu....
.
Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.
Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah....”


SUMBER : mediaserius.blogspot.com