Hukum Qasidah, Ya Hanana. Adakah Haram?

Hukum Qasidah, Ya Hanana. Adakah Haram? | Qasidah ini sebenarnya adalah sudah lama dipraktikkan. Apabila masuk zaman 80-an, amalan ini makin tidak diminati dan tak mendapat sambutan. Maka qasidah dilupai. Tetapi apabila masuk era 2010, orang telah memulakan balik amalan ini. Bagi yang baru mendengarnya, pasti menganggapnya satu perkara yang baharu. Sebenarnya benda ini perkara lama.

Kita tidak boleh kata, apa yang Rasulullah SAW tidak buat itu haram kita buat, contohnya menggunakan mikrofon semasa ceramah agama, membahagikan kitab suku-suku seperti kitab fekah, kitab hadis dan sebagainya pun nabi tak buat. Benda-benda ini jika Rasulullah tak buat, perkara ini adalah bidaah, tetapi tak boleh terus kita mengatakan seseorang itu sesat.

Hukum qasidah
Jika kita mengatakan Qasidah itu haram, mesti ada benda yang dilarang pada Qasidah, seperti lirik-lirik yang salah sehingga merosakkan aqidah, atau cara penyampaian yang menyerupai tarian-tarian yang pelik menyerupai budaya atau agama lain.

Jika benda yang jelas haram seperti muzik yang memuja syaitan, minum arak, memuja arak dan memuja penzinaan itulah jelas haram dengan terang lagi nyata.

Nak cegah biarlah benda itu satu kemungkaran. Rasulullah SAW bersabda, siapa yang kamu nampak benda mungkar hendaklah kamu cegah.

Qasidah perkara mungkar tak? Tidak.

Apa itu mungkar? Perkara yang haram dengan dipersetui oleh sekalian ulamak. Seperti minum arak dan tak menutup aurat.

Oleh itu, jangan kita berbalah sehingga berpecah belah disebabkan perkara kecil sehingga lupa akan nasib saudara kita di Syria, Palestin, Kashmir dan sebagainya yang ditindas oleh musuh-musuh Islam. Hulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan ini. Sekian daripada saya, Assalamuallaikum wbt.

Kredit kepada pemilik gambar(dari youtube)

- See more at: http://www.jomkenalislam.my/2014/12/hukum-qasidah-ya-hanana-adakah-haram.html#sthash.Iri3UT1s.dpuf