Isteri Bunuh Diri Selepas Suami Raba Budak | Jenny Mullinger, 62, mengambil tindakan drastik itu selepas suaminya, David, mengaku ‘menyentuh’ budak terbabit dua kali - masing-masing sekali di atas dan di dalam seluar dalam mangsa.
London: Seorang wanita membunuh diri di landasan kereta api selepas tidak dapat menerima perbuatan suaminya menc#bul budak perempuan berusia sembilan tahun.
Mullinger, 64, pada mulanya menafikan tuduhan c#bul itu namun kemudian menghubungi polis mengakui perbuatan itu dan dipenjara tiga tahun.
Hakim Mahkamah Crown Bristol Martin Picton menyifatkan kes itu sebagai “amat menyedihkan.”
“Saya pasti kamu kini dihantui akibat perbuatan itu,” katanya ketika menjatuhkan hukuman.
Mullinger juga mendapat perintah melarangnya daripada berhubung dengan budak di bawah usia 16 tahun tanpa pengawasan.
Mahkamah sebelum ini diberitahu, kejadian berkenaan terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibunya yang terus menghubungi polis.
Pendakwa Kenneth Bell turut membacakan kenyataan ibu mangsa kepada mahkamah.
“Sebelum kejadian ini dia periang dan tidak tahu apa-apa mengenai s#ks. Semua itu kini berubah.
“Dia menyimpan marah yang mendalam dan mungkin tidak akan mempercayai lelaki lagi.
“Saya sedih mengenangkan betapa sukar untuk dia mengatasi serangan s#ksual ini,” katanya.
Jenny, 62, yang kecewa dengan perbuatan suaminya membiarkan dirinya dirempuh kereta api dan diisytiharkan mati di tempat kejadian pada 16 September lalu. - Agensi