Tahniah! Siti Nurhaliza Terima Anugerah Tokoh Srikandi Negara

Tahniah! Siti Nurhaliza Terima Anugerah Tokoh Srikandi Negara | Tahun 2014 kini berada di kemuncaknya, tahniah penyanyi tersohor tanah air Dato’ Siti Nurhaliza kerana telah menerima anugerah Tokoh Srikandi Negara. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh isteri Perdana Menteri sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Anugerah yang diterima berdasarkan pencapaian Siti Nurhaliza yang bukan sahaja merangkumi bidang muzik malah perniagaan melayakkan beliau menerima anugerah berprestij ini. Tahun ini memberi tuah buat penyanyi kerana sebelum ini juga ‘Album Fragmen Menjulang Nama Dato’ Siti Nurhaliza‘.

Selain Dato’ Siti Nurhaliza, turut menerima anugerah tersebut ialah Datuk Dr Maznah Hamid, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, Tun Dr Siti Hasmah dan Tan Sri Norma Yaacob. Kesemuanya hebat-hebat dan telah berjaya dalam bidang masing-masing. Sesungguhnya pengiktirafan yang diberikan kepada Datuk Siti ini amat membawa makna kepada penggiat industri seni tanah air.

sumber : gosipmalaysia