Seperti bakal raja sehari yang lain, pelakon Yaya Maembong tidak ketinggalan untuk meraikan detik bersejarahnya dengan mengadakan majlis malam berinai yang bertemakan ‘Kilauan Bollywood’.
Majlis malam berinai yang berlangsung pada malam semalam (Rabu) telah dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat...
Yaya yang juga merupakan kakak kepada aktres Emma Maembong itu kelihatan begitu anggun mengenakan busana persis heroin Hindustan...
Solekan dari Sheira_dtouch menyerikan lagi wajah Yaya yang sudah sememangnya cantik dan berseri...
Yang paling penting dalam majlis yang berlangsung malam tadi ialah lukisan Inai di jari dan tangan si cantik manis ini dilukis oleh Lea Henna...
Bakal raja sehari Yaya Maembong dan Wan Raja memilih tanggal tanggal 12.12.2014 untuk disatukan....
Majlis resepsi sebelah Yaya akan diadakan pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur manakala pada 26 Disember 2014m majlis akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk keluarga sebelah Wan Raja...
Pasangan ini bertunang pada 10 Syawal lalu selepas berkenalan lebih dua tahun. Drama Diari 3G menjadi permulaan detik perkenalan mereka apabila kedua-duanya berlakon sama....
Di sini Astro Gempak ingin kongsikan kepada anda beberapa keping foto sekitar majlis malam berinai Yaya Maembong dari jurufoto Emerhaleed,Lensaphora dan Creativo Light Studio yang telah dikongsi di laman Instagram Yaya....